Rumusan Buku Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu , Syed Naquib al Attas




PENGENALAN

Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu telah dikarang oleh Syed Naquib al Attas Prof. adalah salah seorang dari kalangan ahlu al-bait Nabi (keturunan Nabi Saw) dan pemikir besar yang tidak asing lagi di negara kita dan juga di peringkat antarabangsa. Al-Attas dari kecil sudah terbiasa dengan konsep pemikiran Islam yang tinggi. Pemikiran Al-Attas banyak dipengaruhi oleh pemikiran Imam Al-Ghazali, Imam Al-‘Asyari, Nur ad-Din ar-Raniri, Hamzah Fansuri, Shadr ad-Din Shirazy, dan para Filsuf dan Mutakallim klasik. Syed M. Naquib al-Attas adalah seorang yang pakar dan menguasai perlbagai disiplin ilmu, seperti filsafah dan metafisik, sejarah, sastra, dan bahasa.Buku ini asalnya adalah syarahan pengukuhan perlantikan professor UKM tetapi kemudiannya atas inisiatif ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), buku ini diterbit dan dijual dipasaran. ABIM mula menerbitkan buku ini untuk keluaran masa pada tahun 1984 setelah dua kali diterbit oleh Penerbit UKM. Buku yang ada pada saya ini adalah cetakan keempat yang dikeluarkan pada tahun 1990.
Beberapa peranan dan sumbangan utama al-Attas telah dapat dilihat khususnya dalam menjernihkan semula pandangan dan pentafsiran sejarah Islam di alam Melayu di kalangan sarjana dan para orientalis Barat. Berikut ialah antara karya-karya al-Attas yang menjadi rujukan penulis mengikut pengklasifikasiannya yang tertentu. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bagaimana seharusnya penelitian dan pengkajian sejarah, khususnya terhadap sejarah dan kebudayaan dunia Melayu.Beliau juga membaiki kekeliruan dari pendapat-pendapat ilmuwan Barat dalam menyimpulkan sejarah Melayu-Nusantara.








ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
BAB 1
Pertama sekali , penjelelasan bagi tugas dan tanggungjawab ahli sejarah . Dalam penulisan ini merupakan seorang yang bijak memilih sesuatu untuk dijadikan kajiannya dan membahagikan bahan bahan yang ditulis dan kemudian mengulas untuk laporan bagi membayangkannya . Walaupun kajian dari segi perspektifnya secara kecil kecilan mahupun besar besaran ia mampu memberi kesan dalam pentaksiran sejarah dan ianya hendaklah dilakukan dengan adil dan jelas.

Hal yang diutarakan ialah sejarah Kepulauan Melayu – Indonesia . Bagi Syed Naquib, beliau tidak memandang sejarah rantau India tetapi dengan sejarah Eropah sebelum munculnya abad baru yang digelar Abad Pertengahan , pada waktu itu sejarah mengemukakan pandangan-pandangan mengenai pengaruh Islam terhadap penjelmaan Abad Pertengahan di Eropah. Kemunculan Islam telah dianggap sebagai peneraju zaman moden kerana perkembangan ilmu pengetahuannya berdasarkan rasionalisma dan sistem masyarakatnya mementingkan kebebasan orang perseorangan atau kepribadian insan dari genggaman kepercayaan yang tiada rasional, sedangkan zaman yang bukan moden itu berdasarkan seni yang membantu membelenggu masyarakat dengan keperchayaan tahyul , bukan sahaja dalam sejarah Eropah tetapi juga dalam sebahagian besar sejarah dunia yang terpengaruh olehnya .Seni’ dalam perbincangan ini dimaksudkan suatu falsafah yang menumpukan pemikiran dan perasaan pada yang indah , ataupun kepada keindahan atau kecantikan, terutama sekali dalam bidang kesenian. Selain itu ,  seni itu kompak dalam hal taraf  dan hal kesenian Di Kepulauan Melayu-Indonesia Agama Islam itu sendiri merupakan seni yang menjadi rujukan hidup pada zaman Hindu-Buddha . kedatangan Islam di Kepulauan Melayu- Indonesia pada abad ke 6 dan ke7 masihi merupakan tanda kedatangan abad baru dan permulaan zaman moden. Hal ini karenakan terdapat unsur kesamaan yaitu unsur seni yang menjadi dasar hidup di zaman Hindu-Buddha maupun Eropah sebelum pengaruh Islam datang.





BAB 2

Sejarah kebangkitan Abad pertengahan di Eropah tidak datang dari bangsa Jerman yang menakluk imperial Rome sebelum abad ke-6 masihi . Strategi Jerman untuk memusnahkan imperial Rome tidak berjaya .Kemudian Jerman meruntuhkan pemerintahan imperial Rome dan setelah menakluknya terpaksa mengakui kehebatan Rome . Para penakluk Jerman tidak mampu menggantikan falsafah pemerintahan imperial rome lalu mereka mengikuti cara hidup bangsa Rome . Pembentukan Imperaturial Rom telah berpecah belah kepada beberapa kawasan dan menjadi Negara . Negara-negara yang timbul di imperial itu tidak berjaya menjatuhkan imperial Rome dengan sifat kebangsaannya sendiri kerana mereka bersifat dengan sifat bangsa Rome itu sendiri .  Namun Rome tetap teguh .

Kemudian , Eropah berubah seperti asal dan ciri-ciri tamadun Rome berubah dan hilang . Tempat dan peranan perundangan lama serta bahasa dan institusi Rome telah diambil alih oleh perundangan serta bahasa dan institusi mengikut pemerintahan Jerman . Maka , terciptalah tamadun baru dibawah pemerintahan Jerman dengan gelaran Nordik yang menolak tamadun Rome .Bahasa, agama, institusi2 lain dan kesenian pada keseluruhannya tiada mengandung unsur-unsur Jerman.

Pada abad keenam , munculnya Dunia Baru sebenarnya belum lagi melucutkan kesan dan pengaruh mendalam Dunia Lama yang berpusat kepada perpaduan jiwa Laut Tengah. Penaklukan dan pencherobohan orang Jerman terhadap Imperaturial Rome sesungguhnya tidak berjaya menghancurkan perpaduan daerah Laut Tengah zaman Dunia Lama. Di Timur Tengah, negeri Arab, lahir agama Islam dan tersebar keseluruh pelosok dunia, termasuk Eropah. Islam membina satu budaya yang berlainan dengan budaya Barat. Semangat Abad Pertengahan di Eropah bermula ketika Islam tersebar dan menyebabkan Dunia Barat dan Dunia Timur menjadi terpisah dan menghapuskan hubungan perpaduan dengan kawasan Laut Tengah . Dunia barat telah dipulaukan sehingga menyebabkan mereka bekerja keras dengan hasil bumi yang ada .Berikut merupakan  dua ciri yang amat penting sebagai ukuran pernilaian atau kriteria bagi mencirikan perabadan sejarah sesuatu bangsa . Pertama, pemusnahan perpaduan kebudayaan sesuatu daerah punca atau tonggak kehidupan sesuatu bangsa  Konsep kriteria bagi bercirikan perabadan sejarah sesuatu bangsa .


BAB 3
Syed Naquib Al Attas memulakan bahagian ini dengan menjelaskan bahawa agama Hindu dan Buddha datang terlebih dahulu di Kepulauan Melayu-Indonesia di banding Agama Islam. Agama Hindu tersebut hanya dianut secara sungguh-sungguh oleh para raja, bangsawan, dan pendeta, sedangkan rakyat jelata mengambil sikap tidak peduli terhadap ajaran agama itu. Hal ini kerana masyarakat Melayu masih mengamalkan ritual yang terlebih dahulu wujud sebelum kedatangan agama Hindu Buddha. Kedatangan agama Hindu pada kenyataannya tidak merubah pandangan hidup masyarakat Melayu-Indonesia yang berdasarkan kesenian. Ajaran agama Hindu yang mengandung falsafah tidak menarik berbanding ajaran yang lebih sesuai dengan jiwa asli masyarakat, iaitu kesenian. Hanya kesusasteraan yang diminati oleh masyarakat. Kesusasteraan Hindu ini bersifat mitos, sejarah, hikayat, dan cerita-cerita dongeng yang tiada bersangkut paut dengan falsafah. Begitu juga halnya dengan agama Buddha, pengaruh falsafah tidak berbekas di masyarakat, hanya perihal kesenian saja yang terlihat, sebagai contoh iaitu Candi Borobudur.
Teori yag diajukan ahli sejarawan Belanda dan Inggeris mengenai kedatangan agama Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia yang tidak memberikan suatu perubahan peradaban yang besar. Para sejarawan tersebut menyandarkan teorinya hanya pada peninggalan kesenian. Dalam penelitian konsep peradaban sejarah, kesenian merupakan kebudayaan estetik bukan hal yang dapat mencerminkan suatu masyarakat yang memiliki keluhuran budi dan akal serta pengetahuan ilmiah. Bahasa dan tulisanlah yang sebenarnya mencerminkan adanya budi dan akal yang tinggi. Dua orang pengembara Tionghua Fa-Hsien (abad ke-5) dan I-Tsing (abad ke-6), mereka pernah singgah dan ziarah di kepulauan Sumatra dan Jawa. Mereka berdua mempunyai pendapat yang sama dengan menyatakan agama Hindu dan Buddha yang dianuti merupakan agam yang karut. I-Tsing turut menyatakan bahasa yang digunakan di Jawa dan Sumatra ialah bahasa asing, bahasa Sanskrit, bukannya bahasa Melayu. Syarahan diteruskan dengan kedatangan kolonial Barat sekitar abad ke-19. Kolonial Barat datang dengan membawa 'zaman moden'. Bidang sastera Melayu turut dimodenkan dengan kedatangan Barat. Sastera 'moden' yang dibawa oleh Barat bukanlah sebuah sastera moden seperti yang dinyatakan. Hal ini demikian kerana, sastera yang dibawa Barat berbentuk 'tragedi' yang telah lama menapak dalam bidang sastera Barat, sebagai contoh karya-karya oleh Shakespear. Penyebaran bahasa Melayu oleh para Ulama sebagai bahasa pengantar dipandang Al Attas sebagai proses penyebaran Islam yang mampu merubah pandangan hidup masyarakat Melayu-Indonesia.

BAB 4
Ketidaktahuan kita akan keaslian sejarah dan kebudayaan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai Islam dan peranannya dalam sejarah dan kebudayaan. Hal ini menunjukkan bahawa kita selama ini belajar di sekolah dan di universiti mengenai sejarah dan kebudayaan Islam di Kepulauan Melayu-Indonesia adalah hasil dari kajian para sejarawan asing. Al-attas menegaskan bahawa dengan penumpuan kepada sejarah purbakala, sejarah Hindu-Buddha, sejarah kolonial, dan sejarah sendirinya sejarah Islam itu akan nampak sebagai tiada berkesan dalam kehidupan masyarakat Melayu-Indonesia. Al-attas menyatakan bahawa tanggapan ini adalah palsu. Beliau usulkan bahawa kehilangan sejarah Islam inilah yang mengakibatkan kehilangan sifat persendirian bangsa kita yang di cari-cari sekarang ini. Sebab Islamlah yang menyempurnakan faham kepribadian sendiri, faham kebangsaan terhadap masyarakat Melayu-Indonesia.
Dampak kolonialisme membuat sebahagian dari penduduk Indonesia dan Malaysia menganggap sejarah sebagai suatu yang kelam dan oleh kerananya Barat datang dengan membawa semangat rasionalisme sehingga masyarakat di wilayah ini terpengaruh. Anggapan ini berada pada benak seseorang yang ahistoris dan tidak lagi mengenal apa yang terkandung dalam peradabannya. Kolonialisme telah membuat masyarakat Melayu-Indonesia meninggalkan huruf Jawi, yang di adoptasi dari huruf Arab, dengan menggantinya dengan huruf rumi.






BAB 5
Sejarah ini haruslah dikaji dengan teliti dan haruslah melakukan kajian tentang sesuatu sejarah itu bukan hanya pandang pada dasar sesuatu sejarah itu tetapi haruslah dilihat pada semua aspek. Ini bertujuan untuk memastikan kita mengetahui tentang sesuatu sejarah dengan betul dan tidak di pandang dari aspek yang salah. Sejarah sebenarnya terletak dalam bidang pernilaian keluhuran serta kehalusan kerohanian dan kebudayaan.Bagi memupuk semangat cinta akan sejarah pada generasi baharu ini, dengan mengadakan anjuran seperti kempen cinta akan sejarah atau mengadakan syarahan tentang sejarah kepada enerasi baru.
Universiti yang melakukan kajian tentang sejarah haruslah dikaji dengan teliti oleh para pengkaji bahasa and kesusasteraan Melayu untuk memastikan kajian itu betul dan tidak pempunyai tokok tambah. Jika kita mengakaji sejarah itu haruslah dikaji dengan benar kerana sejarah ini akan dibaca oleh generasi akan datang. Tujuan tersebut adalah supaya mereka tidak membaca dan mempercayai perkara yang tidak benar.Pengkajian bahasa dan kesusasteraan Melayu sebenarnya patut meliputi juga pengkajian agama orang melayu, falsafah orang melayu, sejarah orang melayu, kesenian orang melayu dan lain2 lagi .Para ilmuan di universiti haruslah juga melakukan kajian tentang asal  usul  bahasa melayu dan memperluaskan  kepada dunia tentang kebudayaan malayu kepada dunia khususnye di Negara-negara Islam. Konsep kesusteraan melayu lama dan kesusteraan melayu baru haruslah dilakukan kajian perbezaan antara kesusteaan melayu lama dan kesusteraan melayu baru. Perlu dikaji dari aspek tulisan yang meliputi bidang kebudayaan termasuk hasil agama, falsafah, sejarah, hukum dan undang2 serta adat2 istiadat, kesenian. Kesusasteraan Melayu ‘Lama’ memang mengandung sifat kesusasteraan kerana membayangkan jiwa kebudayaan dan masyarakat Melayu. Tetapi kesusasteraan Melayu  Baru hanya  berpengalaman dalam bidang novel, cerita pendek, dan sajak yang hanya membayangkan unsur2 dan nilai2 kebudayaan dan masyarakat Barat.
Sejarah bahasa dan kesusasteraan sanskrit harus diketahui, termasuk juga unsur2 lain kebudayaan Hindu-Buddha seperti kesenian dan adat2 istiadat. Selain itu, budaya hindu budha juga banyak mempengaruhi melayu lama melalui jawa kuno. Budaya dan bahasa agama lain seperti budaya dan agama islam dan budaya dan agama budha juga harus dipelajari di peringkat sekolah dan university demi menyampaikan konsep latar belakang dan masyarakat Negara Malaysia.Justeru itu, pelbagai falsafah yang harus dipelajari oleh masyarakat kita. Kita harus memahami falsafah dan faham estetika barat yang sebenarnya telah menyerap ke dalam jiwa melayu baru. Kita juga harus mengenali hidup pelbagai kebudayaan dan kesusilaan yang telah dan sedang mempengaruhi kehidupan kita pada masa kini .

RUJUKAN

Prof. Syed M. Naquib al-Attas  . (1972)  . Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Islam Dalam  Sejarah dan Kebudayaan Melayu . Retrieved from https://www.scribd.com/document/96557487/Syed-Muhammad-Naquib-Al-Attas-Islam-Dalam-Sejarah-Dan-Kebudayaan-Melayu-Ver-1   . (p 1-76)



hasil rumusan bersama : Fatin Nadzirah , Nadziyatul Fadzliana , Arina Syazwani , Ibni Aslamiah , Shuhada Azil

Comments

Popular posts from this blog

ELC 590 - Informative speech outline & slide

ELC 590 - persuasive speech

Micro Fishing Is a New Hobby